Thursday, August 26, 2010

Dari kerana Mata ...




Dari Kerana Mata...




Yang Mempunyai Kuasa...




Ouh aku tergoda.. Tergoda oh Terkesima...








Ok..Ingat tak lagi lagu ni? nway before that, hows everyone doing? Hari ni dah masuk hari ke-16 kita berpuasa dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kecuali berat badan sy dah naik 1kg.. Ohh tidakkk!








Entry kali actually nak cerita pulak pasal solekan di mata..Setelah entry yg sudah, kita cerita pasal basic dan foundation...Kata orang, mata ni mempunyai kuasa yang kadang2 bisa mencairkan hari seseorang.. Ye ke? Well, we'll see ok~ Hahahaha saya ni memang gila akan eyeshadow tapi gila2 pon tak ada lah banyak sangat eyeshadow..Dah nama pun student kan, so beli tu berpada2 la jugak.. Beli pun masa Warehouse sale..Takpun, pinjam Mak punya.. Ahahahaha ;)








Selain eyeshadow, penting dalam solekan mata adalah Eyeliner, Mascara, Eyelashes Curler, kadang bagi yang ada eyebag, Concealer untuk di bahagian bawah mata pun penting. Eyebag ni sering terjadi apabila kita tak cukup tidur dan bagi orang yang mempunyai masalah sinus.








Selain itu, boleh jugak kita tambahkan dengan glitter ke, diamonte ke bagi nak mencantikkan mata kita lagi tapi bergantung lah kepada event yang kita ingin dihadiri.. Dah kalau ke opis, jangan pula ditambah kilat2 mak ngah tu (kesian mak ngah, tak bersalah), kan dah jadi rusa masuk kampung pulak. Selain itu, bagi yang mempunyai bulu mata pendek ke, tak lebat ke boleh jer kita gunakan Fake Eyelashes + Glue dia.. Bagi yang mempunyai bulu kening yang nipis, boleh la gunakan Eyebrow Pencil etc la..








Bagi saya, saya ada bulu mata yang panjang lagi lebat, kening yang tak nipis tak tebal..Yang sedang2 aja.. So saya kurang menggunakan bulu mata palsu..Tapi perlu saya akui, kalau pakai bulu mata yang sesuai, memang mata kita nampak cantik even mata kita sememangnya telah dijadikan cantik oleh Maha Pencipta ;)








Ok, mari kita mulakan.. 1, 2 ..Go!












Ini adalah sebahagian daripada koleksi eyeshadow yang saya punya lah. Yang Mak saya punya, saya tak ambik gambar pon. Saya lupa laaaa, nanti saya uploadkan. Tengok, murah kan harga2 mereka? Tu antara faedah yang kita dapat apabila bersesak2 pergi mendapatkan barang kosmetik ketika Warehouse Sale ;) Berbaloi baloiii...




Tapi saya paling suka yang ini ;)







Yang ini, saya beli daripada seorang blogger iaitu Tammy (sorilah im new in blogging, dunno how to link you dear but hopefully i got it right!) ..Harga dia RM85 je out of RM1++ dan Limited Edition pulak tuuu. Berbaloi2 ok..Color dia chantek, neutral and long lasting. Trust me bebeh!



Nextttt, Eyeliner!





Bagi saya, eyeliner mmg sangat memainkan peranan. Sama ada nak bagi mata kita nampak galak, besar, dramatik..All start with eyeliner. Kalau gunakan liquid eyeliner, mmg chantek. Nampak sangat dramatik. However, kalau guna yang pencil atau crayon (bukan crayon yg adik2 kita buat mewarna tu yer) pun chantek asalkan hitam dia btol2 hitam. Ahaaa yang di atas adalah antara yang betul2 hitam. Kalau dia bersepah lepas dipakai, ye lah kadang2 kita berpeluh kan..Semuanya boleh di atasi.. Yer, anda semua jangan bimbang..Boleh di atasi ;) Letak aje foundation kat bawah mata kita tu..Seelok2 nya liquid foundation yer sayang2 ku. Jika gunakan liquid eyeliner, jgn terketar2 tau.. Practice makes perfect, dunt worry! ;)


Alamakkkkk, mascara lupa nak ambil gambar jugak.. Ish Ish Ish belum lagi menginjak umur 90 tahun dah jadi pelupa macam ni.. Nantikan yer episod Mascara, Bulu Mata Palsu dan seterusnya Blusher ataupun Pemerah pipi ;)


Mmmuax!

1 comment:

  1. Hi Lina,

    It's Harim from trianax.blogspot.com. I have the MAC lipstick set you want for RM50.

    Do you want to buy it?
    Please email me ya at lady_capullete@yahoo.com.
    thank you :)

    ReplyDelete