Friday, August 6, 2010

Ok Lah...Menyesal ok~

Memang benar, cinta itu buta..Chewahhh, tragik tak intro nyer? Tapi memang ada kebenarannya..
Saya rasa, saya sendiri dah mengalaminya tanpa sedar.. Kita lebih rela untuk pilih jalan yang derita, sedih dan menyusahkan untuk orang yang kita sayang tapi berbaloikah itu semua? Bagi saya, ianya sangat tak berbaloi kerana kita perlu mencari orang yang boleh menerima kita seadanya.Dan bukannya kita adalah orang lain kerana dia. Pengalaman mengajar saya erti itu semua. Biarlah saya namakan Encik J sebagai lelaki yang melayan saya dengan sangat baik. Tersangat amat baik sehinggakan saya buta untuk menilainya. Dan Encik X sebagai lelaki yang pandai bermain kata-kata sehingga saya hanya nampak kebaikkan beliau dan tidak menghiraukan kebaikan Encik J itu.

Baru hari ini, saya sedar dari mimpi bahawa Encik J adalah lelaki yang patut saya hargainya dengan lebih lagi berbanding Encik X. Tapi semua itu sudah terlambat.. Memang biasa begitu kan? Apabila kita sedar yang kita telah membuat kesilapan, tapi tidak berguna lagi kerana semuanya sudah terlambat.

Tapi Saya dan Encik X masih berkawan baik seperti dahulu kala cumaaaaa he's a good friend but not a good partner. Walaupun kami tak pernah menjadi partner tapi lama kelamaan, saya tahu dengan sendirinya. Yup, saya memang mempunyai akal tapi tak digunakan dengan baik sebelum ini. Pentingkan lah diri sendiri sebelum mementingkan diri orang lain, itu pesan kawan baik saya.

Dan saya sedar, walau apa yang saya lakukan, its hard to get him back. Cuma yang boleh tolong saya adalah Allah s.w.t. Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa. Segalanya saya serahkan kepada Dia kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Walaupun hati memberontak, tapi itu sahaja yang boleh saya lakukan. Tawakal~

So, pengajaran pada hari ini adalah ;

1) Jangan terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan

2) Fikir secara rasional, dan jangan terlalu mengikut perasaan

3) Hargai orang yang menghargai kita dahulu ..

4) Belajarlah dari kesilapan yang dilakukan.. Baiki apa yang perlu dan improve apa yang perlu.

5) Bersyukur selalu ;(

No comments:

Post a Comment